Artis melampau dalam mengeluarkan kenyataan berunsur agama

Terkilan sungguh bila ramai juga artis di Malaysia yang kadang-kadang agak celupar keluar kenyataan berunsur agama. Tak rasa macam mempermainkan agama ke?

Dalam istilah Bahasa Arab disebut sebagai:

الاستهزاء

Al-Istihzaa’

Mungkin mereka:

1. Tak faham yang ucapan-ucapan lawak (niat nak buat lawak) tapi tak sedar yang mereka dah mainkan syariat agama. 

2. Tak belajar bab hukum memperlekehkan agama, menjadikan bahan lawak. Mungkin mereka tak tahu yang dalam AlQuran yang menceritakan pasal orang yang memperlekehkan agama:

وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللهِ وَءَايَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئون

“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentu mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu kamu permainkan?” – Surah At-Taubah

Dalam kitab Qurratu ‘Uyuunil Muwahhidin, berdasarkan ayat di atas, seseorang tu boleh jd kafir dengan hanya perkataan yang diucapkan. Wal’iyazubillah!

Contoh keceluparan artis Malaysia:

1. Seorang artis komedi dalam Satu rancangan komedi di saluran TV berbayar kata dalam sitkom nya: “.. maklum lah puasa-puasa ni, tak makan, otak jadi bongok..”

2. Dalam satu rancangan bual bicara, seorang pengarah filem bertahi lalat kata ketika bersembang bab hubungan suami isteri: “tak kan semua benda nak ikut hukum!”

3. Seorang pengacara kata: “antara dosa-dosa besar ialah kata kat pengacara..”

4. Dalam satu rancangan bual bicara komedi, pengacara berkata: “kalau tubuh tinggi dia dekat dengan tuhan..”

Solusinya:

1. Jangan guna alasan masyarakat kata “ala, dia tak tau. Dulu dia bukan sekolah agama..”

Sebenarnya secara tak langsung artis atau penghibur tu tunjuk kebodohan mereka, kejahilan dan ketidak pekaannya pada agama. Lama-lama orang akan menyampah.

2. Didik masyarakat melalui Media Sosial bagitau diorang bahawa lawak si polan si polan ni tak betul, jangan tiru.

3. Viralkan kesalahan-kesalahan (atau bahasa lembut sikit: kesilapan) yang biasa artis sebut bila terlepas cakap atau buat lawak agama supaya masyarakat sedar dan tau apa yang betul apa yang salah.

4. Cukup-cukuplah backup artis yang kuat merepek. Jangan tunjukkan yang anda tu 2X5 tahap otak / pemikiran dengan artis tersebut.

5. Sudah-sudahlah lah kita sudah banyak kali jadikan agama kita ni sebagai pengalah (seolah-olah agama yang salah), artis buat tu lagi betul.

Keputusan perbicaraan   |  Artis : 1   |  Agama : 0  |

Kalau sayang generasi kita, viralkan kesalahan yang dibuat oleh artis tu tanpa mengaibkannya, suapaya masyarakat tahu, sedar, faham apa yang betul dan apa yang salah!

Nasihat kepada artis:

1. Bawak-bawak lah bertaubat pada Allah dengan taubat nasuha.

2. Tak jadi syarat pun nak jadi artis mesti jahil agama. Ramai kan artis yang ada pendidikan agama?

3. Kalau dah salah, jangan besar kepala. Akui kesilapan, kejahilan dan berjanji tak ulang lagi. Marah pada peminat, maki peminat itu bukan akhlaq orang Islam. Sudah lah tidak berterima kasih kepada peminat yang sudi tegur (walaupun tak secara direct), kejian pula yang mereka terima.

4. Nasib lah duduk dalam dunia hiburan ni kerana anda ditonton oleh semua manusia. Baik buruk perbuatan anda pasti akan affect masyarakat secara tak langsung. Jangan sampai ada yang mendakwa anda semua di akhirat kelak disebabkan anda sumber inspirasi dosa dan maksiat!

Artis yang baik, bawa nama yang baik.  Tunjuk akhlaq yang baik, mungkin boleh jadi inspirasi pada artis lain!

Leave a comment