Review Modem MiFi Hotspot TP-Link LTE M7530 | Siri 2

Lanjutan daripada review saya pada Siri 1 lalu.

  • Menyokong SD card sehingga kapasiti 32 GB.

Kalau anda nak tambah SD card, ada slot terbina dalam modem ni. Anda kena buka pelapik belakang, dan masuk kan SD card di situ. Bokeh jadikan sebagai backup storage dengan teknik pemindahan secara wireless! Canggih la sikit. Tapi transfer rate dia tak lah terlalu laju. Jika anda buat pemindahan fail besar sampai beratus-ratus MB secara wireless, ada lambat sikit.

Di Malaysia dan banyak negara Asia, LTE nya dalam frekuensi FDD. Nak tau apa tu FDD, google je. Cuma anda tak perlu risau sebab frekuensi M7350 ni support frekuensi network semua telco di Malaysia. 

Yang mengembirakan juga sebab LTE cat4 (katagori ke 4) dapat spport kelajuan downloading shingga 150mbps dan uploading 50mbps. Cuma, di Malaysia agak mustahil la telco dapat release LTE dengan kelajuan tu. Paling tinggi speed downloading LTE di negara kita ni lebih kurang 40mbps je. Itu pun hanya beberpa tempat di kawasan bandar-bandar besar sahaja. Kalau di kampung-kampung usah bermimpi di siang hari la.

Majoriti telco di Malaysia ni guna spektrum 1800mhz dan 2600mhz. Melainkan TMgo yang menggunakan spektrum LTE 800mhz. Maknanya sim TMgo pun boleh masuk dalam modem ni!

  • Network 3G dalam semua mode: DC-HSPA+/HSPA/UMTS (900/2100MHz)

Anda tak perlu risau kerana model ni support frekuensi Malaysia. Pergi lah mana-mana pun, jika ada pencawang (cell tower) yang ada 3G, pasti akan ada connection. Laju atau perlahan tu, bergantung kepada jumlah pengguna, jarak, dan sebagainya.

Biasanya, DC-HSPA lagi laju daripada UMTS. Cuma, model ni tidak lah terlalu advanced sehingga membolehkan anda memilih jenis network 3G mana yang anda nak kat atas tu. Cuma, jika tempat tu cell towernya support DC-HSPA, maka downloading anda agak laju berbanding HSPA dan UTMS. Kalau connection tu baik, tak ada gangguan, insyAllah boleh pergi sampai 20mbps downloading speed.

  • Micro USB port untuk charging.
  • Majoriti smartphone seperti Samsung, HTC, sony dan hampir semua peranti Android menggunakan port micro usb ni. Jadi anda tak risau, mana-mana kabel charger pun boleh masuk. Yang berbeza hanya kualiti dan charger yang digunakan sahaja. Jika charger berkapasiti tinggi seperti charger Samsung tab atau faster charger seperti charger Note 4, mungkin anda merasa bateri M7350 ni agak panas daripada biasa kerana charger memindahkan kuasa elektrom dengan cepat dengan kapasiti yang banyak. 

    Apa pun, dinasihatkan anda guna charger yang dibekalkan sekali dengan device ni.

    • Menu button!

    Wah, ini sudah bagus. Menu button di luar. Jadi anda tak perlu susah payah semua benda nak setting melalui web gui page. Hanya perlu tekan-tekan pada modem sahaja, anda boleh set beberapa benda dengan mudah. Berbanding dengan model-model lain, hanya on / off button atau WPS sahaja di luar.

    • [Contra] Tak ada WPS button.

    Button ni tak berapa penting pun sebenarnya. Tapi kadang kala berguna juga jika kita tak ingat password wifi modem ni tanpa reset balik setting-setting yang kita dah buat. Cuma TP-Link tak buat button ni sebab lebih fokus kepada feature lain agak nya.

    Untuk mengetahui maklumat teknikal dengan lebih lanjut, boleh ke laman web TP-Link di sini:

    TP-LiNK M7350


    Leave a comment