Bagaimana anda matikan animation effect pada android phone

Semua peranti android biasanya ada animation effect pada paparan muka atau touch interface. Namun tak semua yang suka pada animation effect yang ditawarkan tersebut kerana ia seperti memperlahankan proses transisi seolah-olah peranti kita seakan laggy.

Bagaimana anda boleh matikan animation effect tersebut?

Ia ada pada satu bahagian tersembunyi iaitu Developer mode.

Untuk mengakses bahagian developer mode tersebut, anda hendaklah ke bahagian:

  1. Settings
  2. pilih about phone
  3. software information
  4. dan tekan build number sebanyak 10 kali.
  5. Ketika anda menekan sebnyak 10 kali, ia akan menunjukkan berapa kali klik yang perlu ada lakukan untuk mencapai Developer Mode @ Developer Options.

Setelah selesai, anda sudah berjaya akses ke developer options. Kemudian keluar daripada settings. Masuk settings kembali, scroll dan cari bahagian developer options tersebut.

Setelah anda jumpa develepor options, klik sekali dan scroll ke bawah sehingga anda jumpa seperti apa yang tertera di bawah:

Pastikan ketiga-tiga item di atas di off kan seperti yang tertera 🖕.

Selepas selesai, cuba keluar daripada settings kemudian rasai lah perbezaannya! Selamat mencuba.

Leave a comment