Review Modem MiFi Hotspot TP-Link LTE M7530 | Siri 1

Modem MiFi TP-Link terbaru!

Nama model: M7530

Jenama: TP-Link

Produk tahun: Akhir tahun 2014 / awal tahun 2015.

Modem MiFi terbaik yang ada di pasaran.

Kenapa modem ni antara yang terbaik di pasaran?

  • 1. Support 2G, 3G dan 4G LTE.



Untuk network 4G LTE, M7530 menyokong LTE CAT 4 (support kelajuan download sehingga 150mbps. Tapi di Malaysia sangat mustahil TELCO release kelajuan download selaju ini, di negara maju lain mungkin).

Bagi configuration untuk network selection pula saya kurang pasti samada kita boleh configure untuk lock network pilihan kita atau tak. Jika boleh lock network samada kita nak 3G atau 4G, modem ni boleh diberi pujian melambung kerana beberapa modem lain ada yang tak boleh lock network pilihan kita sebagai contoh DLink yang TMgo guna, ia menggabungkan 2G dan 3G dalam satu network. Jadi pengguna tak diberi pilihan samada nak lock kepada 2G atau 3G. Sebaliknya jika kawasan kita network signal 3G (biasanya dalam bentuk bar) nya lemah, maka modem DLink tu akan menukarkan network signal secara automatik kepada yang lebih kuat. 

Contohnya signal 2G (biasanya tanda E iaitu Edge) lebih kuat daripada signal 3G, maka network akan disetkan secara automatiknya kepada 2G, kerana signal 2G lebih kuat. 

Sebab tu jika modem yang auto select untuk network, kadang-kadang ia fluctuate antara network signal dan menyebabkan gangguan kepada proses surfing, downloading, uploading dan sebagainya.

  • 2. Bateri besar 2550mAh.

Lebih kurang 10 jam penggunaan secara terus menerus dalam mode 3G. Ia hampir sama dengan modem MiFi LTE Prolink produk Singapura yang kapasiti baterinya lebih kurang 2300mAh. Tapi modem Huawei LTE, battery capacity nya lebih besar daripada model ni, iaitu 3000mAh. Cuma saya tak pasti adakah M7530 ni ada power saver atau tak. Kalau ada lagi bagus untuk mode LTE yang makan bateri agak kuat.

  • 3. Ada screen indicator.




Lagi senang, anda boleh cek melalui screen pada modem ni tentang status bateri, signal bar, mesej, network mode, nama cell telco, data transfer (konsumasi data dalam bytes), qouta, wifi dan sebagainya. Tak perlu masuk ke configuration / web gui page untuk semak perkara-perkara tadi.

Tak seperti modem Prolink LTE PRT7005L, yang tiada skrin petunjuk. Yang ada hanya lah lampu LED indikator wifi, bateri (bukan dalam bentuk battery bar) dan network. Tak lah membantu sangat.

~ bersambung pada siri ke-2

2 thoughts on “Review Modem MiFi Hotspot TP-Link LTE M7530 | Siri 1

Leave a comment